Type the keyword and hit enter

Close

7 TIPS UNTUK DAPATKAN KULIT MUKA GLOWING!!

By : hana 0 Comments

1. Minum Air Putih Setiap Hari

Tips muka glowing yang paling utama dan paling asas sekali. Tubuh badan kita memerlukan air yang bersih untuk menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan. Oleh itu, anda seelok-eloknya minum air sekurang-kurangnya dua-tiga liter sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila badan anda mendapat air yang secukupnya, sekaligus kulit anda juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semula jadi.

Air putih ini dapat membantu melembabkan kulit dari dalam. Sebahagian besar dari tubuh kita terdiri daripada cecair. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kulit kering dan tidak sihat. Oleh itu perbanyakkan minum air putih setiap hari supaya kulit anda kekal lembap, kenyal dan anjal.

2. Pastikan Tidur Yang Secukupnya

Tidur yang cukup juga adalah salah satu tips muka glowing yang dipercayai oleh wanita Korea. bagi mereka, tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan kulit muka. Ini kerana, ketika anda tidur, regenerasi sel-sel dalam kulit anda akan berlaku sepanjang malam. Elakkan berjaga malam dan cukupkan waktu tidur anda untuk mendapatkan kulit yang glowing.

Sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya, kulit muka anda akan mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Kulit anda juga akan nampak lebih tua daripada usia anda. Akan tetapi, tidur yang terlalu lama juga akan memberikan kesan yang sama terhadap kulit muka anda. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan tidur hanya 6 ke 8 jam sehari.

3. Lakukan Double Cleansing

Double cleansing di sini bermaksud, mereka melakukan dua tahap ketika mencuci muka. Pertama sekali, mereka akan membuang sisa-sisa solekan mereka menggunakan make up remover dengan sebersihnya. Kedua, barulah mereka membersihkan kulit muka mereka dengan pembasuh muka sehingga bersih.

Anda disarankan untuk membersihkan kulit muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari sehingga kotoran di liang pori-pori yang mengakibatkan jerawat dan komedo dapat dibuang. Dengan membasuh muka juga, sel-sel kulit mati juga dapat diangkat. Jadi, amalkannya setiap hari untuk mendapatkan muka yang berseri

4. Memilih Makanan Dan Minuman Yang Mengandungi Antioksidan

mage result for antioxidant food

Jadi, tips muka glowing seterusnya adalah dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi antioksidan seperti buah epal ataupun teh hijau. Bahan di dalam makanan ini boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah secara semulajadi, lembap serta mmebantu melindungi kerosakan pada kulit akibat sinaran matahari.

Lobak bukan hanya elok untuk mata, malah ianya juga bagus untuk kulit kerana kaya dengan vitamin A yang boleh mencegah pembentukan sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Saderi pula mengandungi sodium dan potasium semula jadi yang membantu menghindarkan kita dari hidrasi. Manakala, di dalam pula terkandung folic acid, zat besi, klorofil, vitamun E, magnesium, vitamin A, serat, vegetable protein dan vitamin C yang sememangnya elok untuk kulit.

5. Jangan Lupa Pakai Moisturizer

Jangan sesekali anda mengabaikan penggunaan pelembab wajah kerana ianya akan membantu melembabkan kulit anda. Pilih pelembab yang sesuai dengan kulit wajah anda supaya ianya tidak mendatangkan iritasi. Gunakan pelembap yang mengandungi SPF yang mampu untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV.

6. Gunakan AquaRevive!

Penggunaan AquaRevive terbukti dapat membantu mencerah, melicin dan menganjalkan kulit muka anda. Boleh lihat testimoni DISINI

Hanya perlu gunakan 2x sehari pagi dan malam selepas mencuci muka seperti di bawah ini:

7. Sunscreen, Sunscreen, Sunscreen!

Penggunaan  sunscreen ini penting untuk melindungi kulit anda daripada terkena sinaran matahari terus ke kulit muka anda. Ianya juga untuk mengelak daripada kulit anda terbakar dan menjadi kehitaman. Mengabaikan penggunaan sunscreen juga boleh menyebabkan muka anda mudah untuk mendapat jeragat!

So, itulah dia 7 tips muka glowing yang anda boleh amalkan sekiranya anda betul-betul ingin mendapatkan kulit wajah yang flawless dan bersinar . Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Categories: Tips Kecantikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close