Type the keyword and hit enter

Close

Bagaimana Niacinamide Membantu Kulit Anda Lebih Berseri

By : hana 0 Comments

Niacinamide adalah bahan yang patut anda pilih untuk menjaga kulit muka anda. Anda mesti akan suka bila gunakannya selepas melihat kesannya nanti. Antara beberapa bahan untuk penjagaan kulit seperti Retinol dan Vitamin C, Niacinamide mempunyai kesan yang lebih terserlah disebabkan ianya boleh digunapakai oleh semua jenis kulit dan masalah berkaitan kulit.

Kajian demi kajian telah dibuat untuk memastikan Niacinamide adalah bahan yang TERBUKTI dapat membantu menyelesaikan masalah kulit anda selain daripada bahan Retinol dan Vitamin C. 

Jadi jom Hana kongsikan lagi tentang Nicinamide secara terperinci.

Apakah Niacinamide?

Ianya juga dikenali sebagai vitamin B3 dan nicotinamide, niacinamide adalah vitamin larut air yang berfungsi dengan bahan-bahan semulajadi dalam kulit anda untuk membantu mengurangkan kenampakan liang (pores) pada wajah anda, tona kulit tidak sekata, garis halus dan kedutan dan wajah tak berseri.

Selain daripada itu, Niacinamide juga menstabilkan kulit anda daripada cahaya dan haba panas terik matahari. Sekiranya kulit anda tidak terjaga, ianya akan membuatkan kulit kelihatan lebih tua, dull dan kurang berseri

Mengapa Anda Perlu Menggunakan Niacinamide?

Niacinamide adalah serasi dengan mana-mana produk penjagaan kulit dan kosmetik yang anda gunakan harian, termasuk yang mempunyai bahana seperti Retinol, Peptides, Hyaluronic Acid, AHAs BHA, dan semua jenis antioksidan

Satu lagi manfaat niacinamide ialah ia dapat membantu memperbaharui dan mengembalikan permukaan kulit terhadap kehilangan lembapan dan dehidrasi. 

Malah, penggunaan niacinamide telah terbukti untuk meningkatkan keupayaan penghidratan pelembap supaya permukaan kulit menjadi lebih baik untuk menahan kehilangan lembapan yang membawa kepada kulit kering dan bersisik.

Bagaimana Menggunakan Niacinamide?

Anda boleh mencari produk penjagaan kulit yang hebat seperti AQUAREVIVE yang mengandungi bahan-bahan lain yang bermanfaat seperti antioksidan, agen pemulih kulit, dan bahan penambahan kulit tambahan.

KELEBIHAN AQUAREVIVE SKIN PERFECT WATER!!! . . Matlamat kami adalah membantu memberikan penyelesaian untuk anda mendapatkan KULIT SEMPURNA dengan kelihatan LICIN, MUDA dan LEBIH CERAH. . . Dengan bahan PREMIUM BERKUALITI TINGGI yang digunakan dapat membantu mengurangkan bakteria dan menyerap lebihan minyak dan memberikan hasil kulit muka yang lebih sekata dan licin. . Gunakannya setiap hari untuk memperbaiki kesihatan dan penampilan kulit anda!. . . Jadi jom dapatkan @aquarevivemy di aquarevive.com.my SEKARANG! . . #aquarevive #skinperfect #rahsiakulitsempurna #skin #skincare #cosmetik #kulitlembut #cantik

A post shared by Aquarevivemy (@aquarevivemy) on Mar 19, 2019 at 11:44pm PDT

Untuk hasil terbaik, gunakan produk AQUAREVIVE dua kali sehari. Ini bermakna, anda secara tak langsung menggunakan penyelesaian khusus dengan Niacinamide sebagai sebahagian rutin pagi anda (sebelum menggunakan sunscreen) dan pada waktu malam (sebelum menggunakan serum atau pelembap wajah anda). Eksperimen untuk melihat apa yang paling sesuai untuk kulit anda.

Cuma perlu titiskan beberapa titik di tapak tangan yang bersih selepas mencuci muka dan sapu secara perlahan di wajah anda. Untuk kesan terbaik, gunakan cotton ball ataupun pad untuk disapukan pada wajah anda.

Anda boleh lihat kesan seawal 30 saat selepas menggunakannnya

Tidak ada sebab untuk menunggu untuk menambahkan AQUAREVIVE pada rutin penjagaan kulit anda. Vitamin B yang hebat ini membawa banyak manfaat untuk meningkatkan penampilan kulit supaya kelihatan licin, muda dan lebih cerah.

Anda boleh dapatkan produk AQUAREVIVE di SINI.


Categories: Tips Kecantikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close